Keterangan S. Manikavasagam K.Sujatha

Pada 9 Julai 2009, S. Manikavasagam, ahli parlimen Kapar memberi keterangan di mahkamah.Pada 25 Julai 2007, seorang lelaki India menghubunginya melalui telefom bimbit mendakwa dirinya telah menghantar dua surat mengandungi maklumat mengenai kematian Sujatha dan mahu beliau melaporkannya kepada polis. Pada 27 Julai 2007 Manikavasagam membuat laporan polis selepas menerima dua pucuk surat tanpa tandatangan dan dua keratan laporan akhbar dalam bahasa Tamil yang mendakwa wujud unsur jenayah dalam kematian .Ibu Sujatha menelefon dari pejabat PKR di Ipoh, tiga bulan selepas Manikavasagam membuat laporan polis bertanyakan sama ada bedah siasat telah dilakukan terhadap mayat Sujatha.Beliau mendakwa Ketua Polis Daerah Sentul ACP K. Kumaran cuba menutup kes itu.[2]